Want your
own Fotopage?




































 


By: ReActivate Zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Sunday, 22-Mar-2009 05:15 Email | Share | | Bookmark
::: ReActivate Foto Blogspot :::

::: Askm sumer member FP & rakan2 yg melihat FP ini.. dimaklumkan bahawasanyer aku telah
::: berpindah ke lamanweb baru iaitu http://reactivatefoto.blogspot.com. Sapa tak sedih
::: nak lepaskan ruangan yg penuh dgn nostalgia sejak 10 Disember 2005 lagi.. Alhamdulillah
::: drpd FP ini juga aku byk berkenal-kenalan dgn rakan taulan yg mempunyai minat yg sama..
::: Sblm FP, aku mula berjinak-jinak dlm bidang blogging ini dgn MySpace, diikuti DeviantArt,
::: FotoPages, Yahoo! 360, Blogspot, Wordpress, Flickr & Photobucket. Tapi payah plak nak
::: update & online sumer sekaligus serta komen rakan2 yg makin byk.. Oleh krn itu aku lebih
::: tertumpu pd FP shj sbb rasa lebih mudah dgnnyer.. la nih, aku berhijrah drpd FP pon mesti
::: bersebab juga.. [huhu]..







::: Aku masih ada di sini utk melihat hasil karya drpd rakan2 begitu juga memberi & membalas
::: komen sumer.. Don't worry, aku pindah pun bukan jauh, ada alamatnyer, jemput datang..
::: sumer hasil fotografi aku di FP telah aku pindahkan ke sana, sama ajer.. billion & jutaan
::: terima kasih buat sumer.. thank you very2 much!!! [huhuhu]..






~ klik alamat baru: ReActivate Foto Blogspot

alamak sudah pndah ye.....
truskan update jugak la
senag2 nn visit umah baru zul tu ya
Thu 9-Apr-2009 10:14
Posted by:nn  - [Link]
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 30-Apr-2009 07:31
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
Fri 26-Jun-2009 03:13
Posted by:Jamal_KL  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 9-Mar-2009 08:25 Email | Share | | Bookmark
::: Torch Relay, 14th ASEAN University Games 2008 :::

::: venue 1: pelancaran larian obor di PJB
::: venue 2: ratusan pelajar IPT memeriahkan acara
::: venue 3: checkpoint 1 larian obor
::: pentas pelancaran & api obor
::: pemegang bendera negara & IPT
::: pembawa obor & kumpulan iringan
View all 12 photos...

::: Bertempat di Politeknik Johor Bahru, acara 'Torch Relay' telah diadakan pd [20/11/2008]
::: sempena 14th ASEAN University Games 2008 yg berlangsung sepenuhnya di Kuala Lumpur.
::: Torch Relay atau larian obor adalah permulaan bagi acara sukan universiti ini. Bersesuaian
::: dengan tempat AP kwsn Pasir Gudang, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed
::: Khaled Nordin, PJB telah dipilih untuk pelancaran larian obor seluruh negara. Larian obor ini
::: berakhir di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Kemudian disambung di IPT-IPT di Johor & negeri
::: -negeri lain termasuk Sabah & Sarawak. Sukan Universiti ASEAN ini berlansung dari 11hb.
::: hingga 21hb. Disember 2008 di Kuala Lumpur.





::: Minta maaf yee kekawan, lama tak upload entry baru, hujung/awal tahun sibuk dgn keje
::: lepas tuh mood malas tuh masih menyelebungi diriku ini [hehehe] neway terima kasih kpd
::: semua kekawan yang sudi menjengok FP ini.. akan kucuba jua untuk membalas sekiranya
::: terdaya.. entry kali nih dah lama punya, tapi masih belum dikeluarkan.. [huhu] dah macam
::: journalist gak laa aku.. tapi insya-Allah dalam masa terdekat nih banyak cerita & gambar
::: akan aku paparkan.. sekali lagi ribuan terima kasih..

~ Salam Maulidur Rasul

::: [p/s]: dlm proses pindah rumah -->> reactivatezul.blogspot.com

makin meriah aktiviti student uni skrg ye ...
very good coverage too
Wed 18-Mar-2009 03:37
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]
lama betul menghilang.
pergh, meriah betulll !!
Thu 19-Mar-2009 03:24
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
semenya pindah...
abistu...
Fri 20-Mar-2009 17:58
Posted by: راسيدي K a K i F o To  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 17-Dec-2008 18:30 Email | Share | | Bookmark
::: Bukit Antarabangsa :::

::: ambil gambar setakat belakang brader askar ajer [hehe]
::: Giant Bkt Antarangsa, sempat pi beli friskies kucing aku..
::: masa turun bukit, kena lalu tempat batu runtuh ketika dahulu
View all 6 photos...

::: Rakaman di atas adalah hari kedua selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
::: masih lagi hujan ketika aku mengambil gambar di sana, memandu turun naik bukit mmg
::: menakutkan [hehehe] punyerlaa ramai orang nak tengok, dah mcm pesta, tapi yg pasti
::: penduduk di situ yg terputus hubungan yg dibenarkan keluar masuk.. so aku ambil gam-
::: bar dari belakang brader askar jer laa [huhuhu].. kelihatan di hujung jalan adalah tempat
::: kejadian.. apa2pon sempat gak aku pi Giant kat atas tuh & pi Jusco AU2 Setiawangsa
::: yg baru dibuka tak jauh dari Bukit Antarabangsa.. Aku tgh bercuti Raya Haji di KL..
::: lepas pi Bukit Antarabangsa, malam tuh aku balik JB..

~ I'm ok just bz sikit

thanks bro for your support..eheh entry sepi ehehe http://enciksani.wordpress.com update2 uhuu Mon 2-Mar-2009 03:30
Posted by:sani  - [Link]
Mesti bz bangat ni...... Bila la nak update ni Tue 3-Mar-2009 23:49
Posted by:badangperkasa  - [Link]
bz sgt La tu eheheh La La La La La Sat 7-Mar-2009 02:55
Posted by:sani  - [Link]
View all 49 comments Add comment


Saturday, 22-Nov-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
::: Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan II :::

::: rimbunan pepohon buluh menyambut kedatangan pengunjung
::: hutan lipur Batu Maloi masih kaya dgn flora hijaunya
::: kemudahan tapak perkhemahan tersedia ada
View all 45 photos...
::: Jumaat, Sabtu & Ahad lepas [14-16/11/2008] kami telah ke Hutan Lipur Batu Maloi,
::: Negeri Sembilan utk berehat daripada tugas2 di pejabat sambil berekreasi menyihatkan
::: tubuh badan [huhu] mmg memenatkan sampaikan aku demam kepenatan.. maybe aku
::: terus-menerus outstation sejak habis cuti raya dulu hinggalah kini menyebabkan badan
::: aku dah beri isyarat utk rehat serehat2nyer [hehe].. alhamdulillah skrg dah ok..



::: Batu Maloi pernah aku siarkan entrynyer di FP sebelum ini, jadi tak perlulah aku bercerita
::: byk.. cuma kali nih aku lebihkan aktiviti2 yg dilakukan oleh kami. Antaranyer ialah aktiviti
::: tayangan video oleh Perhilitan [best video2nyer, ada yg kelakar], jejak kelawar: menutup
::: mata meneroka alam hanya dgn bantuan tali yg membawa kami ke dlm hutan & sungai..
::: & paling kemuncaknyer ialah aktiviti eksplorasi gua [caving] di celah2 batu granit yg besar
::: yg dasarnyer terdpt laluan air sungai.. best giler!!!






::: Bagi sesiapa yg ingin ke sini, dinasihatkan menghubungi pihak Perhilitan Negeri Sembilan
::: terlebih dahulu utk mendptkan renjer / fasilitator yg berpengalaman. Hutan Lipur Batu
::: Maloi ini adalah kawasan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan & diselia oleh pihak
::: Perhilitan bagi tujuan pemuliharaan, pendidikan, penyelidikan & rekreasi..



::: Paling best jugak kali ini kami berpeluang melihat 'kala jengking' secara live di habitat asal
::: awesomeee!!! Kala jengking tuh sebesar tapak tangan org dewasa berwarna biru kehitaman..
::: scary gak nak ambik gambar dekat2, takut dia berlari ke arah kita [hehehe] So hati2 yaa
::: di Malaysia pon ada haiwan ini yg mana gemar tinggal di bawah batu & pokok mati.. scary..



::: My other Batu Maloi's entry: [click here].. Utk maklumat lanjut sila klik di perkataan2 bergaris.
::: Terima kasih kpd renjer / fasilitator yg byk membantu & bergelak ketawa melayan perangai kami..

~ lain kali jumpa lagi yee.. [hehehe]

a really clean editing..nice Tue 30-Dec-2008 13:14
Posted by:buzz  - [Link]



salam....
ingin berkerjasama dengan pihak kami
kami menawarkan pakej video, fotografi dan pa system
email kami info@suriapic.com
atau layari website kami http://www.suriapic.com
Sat 1-Aug-2009 02:35
Posted by:zul info@suriapic.com
javascript:smilie(''javascript:smilie('');javascript:smilie('');javascript:emoticon('') Mon 26-Oct-2009 05:13
Posted by:unnamed
View all 55 comments Add comment


Thursday, 13-Nov-2008 22:00 Email | Share | | Bookmark
::: Aliens :::

 
 
 
View all 24 photos...
::: The Science of Aliens Exhibition bertempat di MiTC Melaka yg dibawa khas dari London
::: berlangsung dari 23 Ogos 2008 hingga 22 Januari 2009 adalah antara destinasi tarikan yg
::: kami lawati semasa berkursus seminggu di Melaka pada [21-24 Oktober 2008] yg lalu..




::: Best betul pi pameran nih, rasa macam taknak keluar dari MiTC sbb rasa tak puas tuh masih ada
::: Walopon pamerannyer sedikit [bagi aku] tapi informasi yg ditonjolkan sama ada utk kanak2 mahupon
::: dewasa mmg berguna & sgt berbaloi.. Pameran ini terbahagi kpd 4 Zon: (1) Fantasi & Imaginasi;
::: (2) Dari Sudut Sains; (3) Dunia Mereka; (4) Berkomunikasi Bersama Mereka.. Paling best ialah
::: Zon 3 sbb di zon ini terdpt simulasi dgn menggunakan papan / meja besar yg boleh kita sentuh &
::: berinteraktif.. mcm main PS2 plak!!! [hehehe] rasa nak beli satu meja tuh.. best leeerr..




Waktu pameran:
Isnin - Jumaat: 11am-7pm
Hujung Minggu / Cuti Umum: 11am-9pm

Tiket:
Dewasa: RM8
Kanak-kanak [< 18 thn]: RM4
Keluarga: RM20 [2 dewasa + 3 Kanak-kanak]

~

wow..bestnya..nak pegi jugak!
Takut la nengok gambar atas sekali tu..err..
Sihat ke Zul?
Fri 21-Nov-2008 14:18
Posted by:liya  - [Link]
wow besnya Thu 11-Dec-2008 23:45
Posted by:khairul kruless82@gmail.com
Pandainyer amik gambar...nak blaja bleh?
$eL@maT mEnY@mbUT Ma’aL HiJraH 1430H &
Hepi New YeaR 2009



Mon 29-Dec-2008 01:01
Posted by:shikin megutmfke@yahoo.com  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Sunday, 9-Nov-2008 18:18 Email | Share | | Bookmark
::: Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor :::

::: welcome to Tiram Indah
::: matahari petang menggamit kedatangan kami
::: kolam buatan utk rekreasi
View all 20 photos...


::: Ulu Tiram ialah sebuah pekan dlm daerah Johor Bahru. Pekan ini disusuri Tebrau Highway
::: utk ke Kota Tinggi, Desaru, Mersing & juga jalan menuju ke Kuantan & negeri2 pantai timur.
::: Ulu Tiram terletak di simpang 4 di highway ini.. Terletak 18km dari JB dari selatan & 20km dari
::: Kota Tinggi dari utara. Penempatan awal bermula apabila kaum cina membuka ladang "kangchu"
::: di Kangkar, Sungai Tiram. Pada awal abad ke-20, ladang pokok getah pula dibuka oleh British
::: memberi lebih byk peluang pekerjaan bagi kaum cina & india. Kemudian pembangunan tanah
::: FELDA ditubuh di sini bagi kaum melayu memperolehi manfaat daripada tanaman pertanian
::: getah & kelapa sawit. Sejak 1990an perluasan wilayah JB bertambah hingga ke Ulu Tiram &
::: kini menjadi sebahagian projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Antaranya ialah pembinaan
::: Senai-Desaru Expressway yg dijangka siap pada Disember 2008.





::: Pada [3-4/5/2008] yg lalu, kami telah ke salah satu resort tempatan di Tiram Indah Village
::: utk kem kepimpinan / motivasi. Tempatnya cantik apabila kami meninjau di bahagian belakang
::: resort. Rupa-rupanya Tiram Indah begitu luas & mempunyai kemudahan rekreasi yg lengkap spt
::: kolam buatan utk berkayak, dewan serbaguna yg byk, laluan berhalangan, flying fox [masa kami
::: pergi, tak boleh guna], jungle trekking [belakang kampung] merentas Sungai Tiram & pelbagai
::: aktiviti waktu malam yg best spt jalan malam & sesi burung hantu.. [huhu] memang seronok!


~

haha..best erk? Fri 3-Jul-2009 12:48
Posted by:reen
best ark? :-Dminggu depan gua gi lak!hahahahaaaaaa Fri 3-Jul-2009 12:52
Posted by:reen!! nasreen_pr@yahoo.com
wah..aku dah pergi dah kem nieyyy

best glerr..hahahha
Wed 30-Sep-2009 11:12
Posted by:reen nasreen_pr@yahoo.com
View all 25 comments Add comment


Friday, 31-Oct-2008 19:19 Email | Share | | Bookmark
::: Homestay Tanjung Piai, Kampung Serkat, Pontian, Johor :::

::: kedatangan kami disambut meriah
::: headquater bagi Homestay Kg. Serkat
::: rumah ayah angkat, Cikgu Aziz
View all 38 photos...
::: Selepas Raya Aidilfitri, banyak jugak kerja luar yg dibuat.. antaranyer ialah program homestay
::: di Tanjung Piai, Kampung Serkat, Pontian, Johor pada [17-19/10/2008].. Walopon 3 hari
::: sahaja, tetapi pengalaman indah & bermanfaat di sana sukar diperolehi di mana2.. melainkan
::: mereka yg telah melaluinyer.. Tidak sama homestay kampung aku di Melaka; di Tg. Piai, Johor,
::: mempunyai lebih byk pengalaman & tarikan2 menarik yg boleh dilawati utk peserta2 homestay..
::: Idea utk ke homestay timbul apabila sahabat aku & aku menghadiri bengkel program Anugerah
::: Pelancongan negeri Johor.. berkesempatan berjumpa dgn pelbagai org2 kuat pelancongan negeri
::: Johor.. & daripada situlah kami mengenali Cikgu Aziz..




::: Ayah angkat kami dikenali sebagai Cikgu Aziz [Encik Aziz Samad] merupakan antara org kuat di
::: Homestay Tg. Piai.. beliau juga adalah presiden Pengusaha2 Homestay di negeri Johor.. beliau
::: sangatlaaa peramah & rajin dlm menyediakan kemudahan & keselesaan buat kami semua..
::: Di Tg. Piai, terdapat lebih kurang 30 pengusaha homestay [atau lebih] yg berasa seronok dgn
::: kedatangan kami.. Setibanyer di sana, bermacam2 acara telah dirancang dihidangkan antaranyer
::: makan malam sambutan Hari Raya & juga tarian tradisional oleh anak2 penduduk Kg. Serkat..




::: Malam tuh plak kami dibawa sekitar Tg.Piai Resort utk melihat kunang2 atau api2 [fireflies] & ada
::: juga mengambil kesempatan memancing bersama2 ibubapa angkat.. Esok paginyer kami ke Tmn.
::: Negara Tg. Piai iaitu terkenal dgn tarikan 'titik lokasi penghujung benua Asia'.. Sebelah petang kami
::: pula membalas jasa ibubapa angkat dgn aktiviti gotong royong & mengindahkan kawasan sekitar
::: rumah Cikgu Aziz, nadi pusat utk semua aktiviti homestay di sana.. Hari berikutnyer plak, aktiviti
::: demostrasi memasak, bersolek, gubahan bunga, ukiran buah disediakan oleh pihak peserta utk
::: penduduk Kg. Serkat..




::: Terima kasih Cikgu Aziz di atas kesudian cikgu menerima kedatangan kami.. kami berasa sangat
::: seronok ketika berada di sana.. terima kasih segala2nyer, semoga berjumpa lagi pd masa akan dtg..
~

::: Utk info, bolehlaa lawati / klik laman web Virtual Malaysia @ menelefon Johor Tourism (JOTIC)
::: Entry Tanjung Piai & Kukup juga pernah disiarkan di FP aku sebelum ini.. Klik perkataan2 bergaris..

seronok+meriah+happening je program ni...
cool je nampak tempat tu...
Sun 9-Nov-2008 07:06
Posted by:{ibnwanza}  - [Link]
salam, yang ni ke masuk tv ari tu? Best x mancen kat sini? Mon 17-Nov-2008 07:28
Posted by:Zam Sensor hanson_mmm@yahoo.com  - [Link]
aah mmg best...nape korg x ajak Tue 19-May-2009 04:16
Posted by:upin n ipin
View all 15 comments Add comment


Sunday, 12-Oct-2008 20:00 Email | Share | | Bookmark
::: Aidilfitri 1429 Hijrah :::

::: Selamat Hari Raya Aidilfitri
::: Salam lebaran ke-12 [huhu] buat sumer warga FP.. minta maaf setelah 12 hari raya
::: baru buat entry raya yg mungkin bagi sesetengah org, 12 hari tuh dah tak raya dah
::: [hehe] aku raya sampaii bila2 aku nak [ekekeke].. selagi mood raya tuh masih ada..
::: minta maaf sekali lagi, raya tahun nih tak byk sgt gambar2 raya sama ada di KL
::: mahupon di Melaka.. raya tahun nih dpt plak sekor anak kucing yg masih menyusu
::: ditinggalkan ibu dia.. sibuk beraya sekali [hehehe] mcm2 beli utk bawa balik ke Melaka..
::: bunga api pon tak main tahun nih.. apa2pon raya tahun nih mmg seronok sgt, rasa nak
::: cuti lebih lama lagi walopon dah 2 minggu cuti raya [hehe].. Tak lupa juga kepada Saiful,
::: Selamat Pengantin Baru Saiful yg telah berlangsung pada [11/10/2008] di Johor Bahru..
::: semoga berbahagia selamanyer.. thank u for inviting me to your beautiful wedding..
::: Lepas raya nih aku dah start busy, maaf byk2 sekiranyer aku takde di FP..


::: another raya entries klik: Aidilfitri '06 & Aidilfitri '07
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin

mcm mana raya?? nie raya dh nak abis ... still dlm mood raya ke?? Wed 29-Oct-2008 13:48
Posted by:FarEast  - [Link]
hehe...ala2 amuk la tuan tanah ni Tue 11-Nov-2008 13:42
Posted by:hiburhati
ada rezeki lebih nanti bolehlah angkat dslr. sekarang rasanya dah makin murah. boleh shoot makro dgn macro lens.. .
re: nama bunga tu saya tak pasti, cuma susah nak jumpa di tempat lain setau saya.
Sun 23-Nov-2008 06:43
Posted by:raime greenfore@yahoo.com
View all 27 comments Add comment


Monday, 29-Sep-2008 13:55 Email | Share | | Bookmark
::: Jalan Masjid India :::

::: Bazaar Ramadan di Jalan Masjid India
::: belakang lorong hingga ke Chow Kit 1
::: Jalan Masjid India yg sudah berbumbung
View all 11 photos...
::: Semalam baru sampai KL dari Melaka, hari nih terus pi Jalan Masjid India..
::: hajat di hati nak cari & beli sampin kaler putih/krim/biru.. alhamdulillah jumpa
::: jugak di kedai Omar Ali, Wisma Yakin.. yakin sikit nak bergaya hari raya nanti
::: [hehehe] harga mmg berpatutan, dpt diskaun 50%, siap jahit & dpt beg lagi..
::: actually dah cari kat JB, tapi susah nak cari yg berkenan [huhu] akibat kaler
::: baju melayu aku yg susah nak matching..


::: Dah lama tak pi Jalan Masjid India, macam2 perubahan.. dulu keje kat Jalan
::: Dato' Onn selalu gak singgah kat sini bila time lunch, solat Jumaat pon selalu
::: kat Masjid India, takpon di Masjid Jamek atau Masjid Pakistan di Chow Kit..
::: dulu2 takder bumbung di jalannyer, skrg dah ada mcm Petaling Street plak..


~ Selamat Hari Raya semua selamat bertakbir..

waaaa thank you for visiting my blog! you have great pics as well! enjoyed. love the vibrant colours Sat 11-Oct-2008 14:38
Posted by:jokeserv
mana tuan rumah ni...orang nak beraya dia lari pulak...
duit raya belom kasik lagi...
Sat 11-Oct-2008 23:20
Posted by:suargh  - [Link]
jokeserv.fotopages.com
Sun 12-Oct-2008 05:05
Posted by:jokeserv
View all 24 comments Add comment


Saturday, 27-Sep-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
::: Buffet Ramadan, Mutiara JB Hotel :::

::: kambing panggang
::: kambing lada hitam
::: udang goreng kunyit
View all 12 photos...
::: 2 malam kami berbuka di Buffet Ramadan di Mutiara JB Hotel pada tahun ini
::: alhamdulillah, seronok bila buat makan2 sebegini, antaranyer dpt reunion member
::: lama yg telah berpindah kerja di merata tempat.. paling jauh dari Kelantan sanggup
::: datang makan berbuka bersama di Johor.. Acara reunion nih telahpon berlangsung
::: setiap tahun sejak 4 tahun yg lalu.. yg sebelum itu dikenali sbg men's night out dgn
::: berbuka di hotel utk 8 org lelaki ajer [huhu] sampai laa ke hari ini menjadi tradisi..


::: Macam mana boleh jadi 2 malam tuh sbb tak tahan dgn kambing panggang yg
::: kami makan pada malam pertama berbuka di sana [hehehe] terus terngiang2 di
::: otak, nak makan lagi.. & semlm [26/9/2008] kami 4 org makan sepuas2nyer kambing
::: panggang Mutiara JB Hotel dgn kuah BBQ lada hitam aduuuhaaii sodapnyer [huhuhu]..
::: yg buat mcm kat heaven tuh ialah juice dagingnyer yg peerrgghh sodap sangat..
::: bila makan, boleh tertutup mata.. berbuka di Mutiara Hotel ini boleh membuatkan
::: kita skip bersahur [hehe] sbb dah kenyang teramat sgt.. alhamdulillah..

::: Mutiara JB Hotel menawarkan Buffet Ramadan di Seri Mutiara Restaurant di paras
::: tanah, bayaran utk dewasa: RM55++ & kanak2: RM32++, istimewanyer bagi yg
::: mempunyai Jcard [Jusco] boleh mendapat 20% diskaun yg minimumnyer 2 org
::: makan di meja yg sama.. Utk tempahan pada bulan Ramadan ini atau pada hari2
::: biasa lain bolehlah lawati laman-webnyer dgn click di [link] ini..

~ Selamat Balik Kampung!

huih kecur air liur tahan... tahan... lagi 2 hari je kene posa
patu raya
maaf zahir batin yek!
Mon 29-Sep-2008 04:22
Posted by:ad & apex  - [Link]
salam aidilfitri dari warga kerja eimanphotomedia Mon 29-Sep-2008 04:39
Posted by:eiman aliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
Kau tahu tak apa rahsia daging kat hotel sodap ...... selain resepi masakannya.
Daging kat hotel tu disimpan dalam chiller satu malam sebelum di masak .... tu yang lombut dan juicy tu. Tak percaya kau try kat rumah ...... tapi kau suruh la omak kau masak ..... kalau kau yang masak simpan seribu tahun dalam chiller pun tak sodap
Mon 6-Oct-2008 10:05
Posted by:baning  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.