By: ReActivate Zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 9-Nov-2008 18:18 Email | Share | | Bookmark
::: Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor :::

::: welcome to Tiram Indah
::: matahari petang menggamit kedatangan kami
::: kolam buatan utk rekreasi
View all 20 photos...


::: Ulu Tiram ialah sebuah pekan dlm daerah Johor Bahru. Pekan ini disusuri Tebrau Highway
::: utk ke Kota Tinggi, Desaru, Mersing & juga jalan menuju ke Kuantan & negeri2 pantai timur.
::: Ulu Tiram terletak di simpang 4 di highway ini.. Terletak 18km dari JB dari selatan & 20km dari
::: Kota Tinggi dari utara. Penempatan awal bermula apabila kaum cina membuka ladang "kangchu"
::: di Kangkar, Sungai Tiram. Pada awal abad ke-20, ladang pokok getah pula dibuka oleh British
::: memberi lebih byk peluang pekerjaan bagi kaum cina & india. Kemudian pembangunan tanah
::: FELDA ditubuh di sini bagi kaum melayu memperolehi manfaat daripada tanaman pertanian
::: getah & kelapa sawit. Sejak 1990an perluasan wilayah JB bertambah hingga ke Ulu Tiram &
::: kini menjadi sebahagian projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Antaranya ialah pembinaan
::: Senai-Desaru Expressway yg dijangka siap pada Disember 2008.





::: Pada [3-4/5/2008] yg lalu, kami telah ke salah satu resort tempatan di Tiram Indah Village
::: utk kem kepimpinan / motivasi. Tempatnya cantik apabila kami meninjau di bahagian belakang
::: resort. Rupa-rupanya Tiram Indah begitu luas & mempunyai kemudahan rekreasi yg lengkap spt
::: kolam buatan utk berkayak, dewan serbaguna yg byk, laluan berhalangan, flying fox [masa kami
::: pergi, tak boleh guna], jungle trekking [belakang kampung] merentas Sungai Tiram & pelbagai
::: aktiviti waktu malam yg best spt jalan malam & sesi burung hantu.. [huhu] memang seronok!


~


Friday, 31-Oct-2008 19:19 Email | Share | | Bookmark
::: Homestay Tanjung Piai, Kampung Serkat, Pontian, Johor :::

::: kedatangan kami disambut meriah
::: headquater bagi Homestay Kg. Serkat
::: rumah ayah angkat, Cikgu Aziz
View all 38 photos...
::: Selepas Raya Aidilfitri, banyak jugak kerja luar yg dibuat.. antaranyer ialah program homestay
::: di Tanjung Piai, Kampung Serkat, Pontian, Johor pada [17-19/10/2008].. Walopon 3 hari
::: sahaja, tetapi pengalaman indah & bermanfaat di sana sukar diperolehi di mana2.. melainkan
::: mereka yg telah melaluinyer.. Tidak sama homestay kampung aku di Melaka; di Tg. Piai, Johor,
::: mempunyai lebih byk pengalaman & tarikan2 menarik yg boleh dilawati utk peserta2 homestay..
::: Idea utk ke homestay timbul apabila sahabat aku & aku menghadiri bengkel program Anugerah
::: Pelancongan negeri Johor.. berkesempatan berjumpa dgn pelbagai org2 kuat pelancongan negeri
::: Johor.. & daripada situlah kami mengenali Cikgu Aziz..




::: Ayah angkat kami dikenali sebagai Cikgu Aziz [Encik Aziz Samad] merupakan antara org kuat di
::: Homestay Tg. Piai.. beliau juga adalah presiden Pengusaha2 Homestay di negeri Johor.. beliau
::: sangatlaaa peramah & rajin dlm menyediakan kemudahan & keselesaan buat kami semua..
::: Di Tg. Piai, terdapat lebih kurang 30 pengusaha homestay [atau lebih] yg berasa seronok dgn
::: kedatangan kami.. Setibanyer di sana, bermacam2 acara telah dirancang dihidangkan antaranyer
::: makan malam sambutan Hari Raya & juga tarian tradisional oleh anak2 penduduk Kg. Serkat..




::: Malam tuh plak kami dibawa sekitar Tg.Piai Resort utk melihat kunang2 atau api2 [fireflies] & ada
::: juga mengambil kesempatan memancing bersama2 ibubapa angkat.. Esok paginyer kami ke Tmn.
::: Negara Tg. Piai iaitu terkenal dgn tarikan 'titik lokasi penghujung benua Asia'.. Sebelah petang kami
::: pula membalas jasa ibubapa angkat dgn aktiviti gotong royong & mengindahkan kawasan sekitar
::: rumah Cikgu Aziz, nadi pusat utk semua aktiviti homestay di sana.. Hari berikutnyer plak, aktiviti
::: demostrasi memasak, bersolek, gubahan bunga, ukiran buah disediakan oleh pihak peserta utk
::: penduduk Kg. Serkat..




::: Terima kasih Cikgu Aziz di atas kesudian cikgu menerima kedatangan kami.. kami berasa sangat
::: seronok ketika berada di sana.. terima kasih segala2nyer, semoga berjumpa lagi pd masa akan dtg..
~

::: Utk info, bolehlaa lawati / klik laman web Virtual Malaysia @ menelefon Johor Tourism (JOTIC)
::: Entry Tanjung Piai & Kukup juga pernah disiarkan di FP aku sebelum ini.. Klik perkataan2 bergaris..


Sunday, 12-Oct-2008 20:00 Email | Share | | Bookmark
::: Aidilfitri 1429 Hijrah :::

::: Selamat Hari Raya Aidilfitri
::: Salam lebaran ke-12 [huhu] buat sumer warga FP.. minta maaf setelah 12 hari raya
::: baru buat entry raya yg mungkin bagi sesetengah org, 12 hari tuh dah tak raya dah
::: [hehe] aku raya sampaii bila2 aku nak [ekekeke].. selagi mood raya tuh masih ada..
::: minta maaf sekali lagi, raya tahun nih tak byk sgt gambar2 raya sama ada di KL
::: mahupon di Melaka.. raya tahun nih dpt plak sekor anak kucing yg masih menyusu
::: ditinggalkan ibu dia.. sibuk beraya sekali [hehehe] mcm2 beli utk bawa balik ke Melaka..
::: bunga api pon tak main tahun nih.. apa2pon raya tahun nih mmg seronok sgt, rasa nak
::: cuti lebih lama lagi walopon dah 2 minggu cuti raya [hehe].. Tak lupa juga kepada Saiful,
::: Selamat Pengantin Baru Saiful yg telah berlangsung pada [11/10/2008] di Johor Bahru..
::: semoga berbahagia selamanyer.. thank u for inviting me to your beautiful wedding..
::: Lepas raya nih aku dah start busy, maaf byk2 sekiranyer aku takde di FP..


::: another raya entries klik: Aidilfitri '06 & Aidilfitri '07
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin


Monday, 29-Sep-2008 13:55 Email | Share | | Bookmark
::: Jalan Masjid India :::

::: Bazaar Ramadan di Jalan Masjid India
::: belakang lorong hingga ke Chow Kit 1
::: Jalan Masjid India yg sudah berbumbung
View all 11 photos...
::: Semalam baru sampai KL dari Melaka, hari nih terus pi Jalan Masjid India..
::: hajat di hati nak cari & beli sampin kaler putih/krim/biru.. alhamdulillah jumpa
::: jugak di kedai Omar Ali, Wisma Yakin.. yakin sikit nak bergaya hari raya nanti
::: [hehehe] harga mmg berpatutan, dpt diskaun 50%, siap jahit & dpt beg lagi..
::: actually dah cari kat JB, tapi susah nak cari yg berkenan [huhu] akibat kaler
::: baju melayu aku yg susah nak matching..


::: Dah lama tak pi Jalan Masjid India, macam2 perubahan.. dulu keje kat Jalan
::: Dato' Onn selalu gak singgah kat sini bila time lunch, solat Jumaat pon selalu
::: kat Masjid India, takpon di Masjid Jamek atau Masjid Pakistan di Chow Kit..
::: dulu2 takder bumbung di jalannyer, skrg dah ada mcm Petaling Street plak..


~ Selamat Hari Raya semua selamat bertakbir..


Saturday, 27-Sep-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
::: Buffet Ramadan, Mutiara JB Hotel :::

::: kambing panggang
::: kambing lada hitam
::: udang goreng kunyit
View all 12 photos...
::: 2 malam kami berbuka di Buffet Ramadan di Mutiara JB Hotel pada tahun ini
::: alhamdulillah, seronok bila buat makan2 sebegini, antaranyer dpt reunion member
::: lama yg telah berpindah kerja di merata tempat.. paling jauh dari Kelantan sanggup
::: datang makan berbuka bersama di Johor.. Acara reunion nih telahpon berlangsung
::: setiap tahun sejak 4 tahun yg lalu.. yg sebelum itu dikenali sbg men's night out dgn
::: berbuka di hotel utk 8 org lelaki ajer [huhu] sampai laa ke hari ini menjadi tradisi..


::: Macam mana boleh jadi 2 malam tuh sbb tak tahan dgn kambing panggang yg
::: kami makan pada malam pertama berbuka di sana [hehehe] terus terngiang2 di
::: otak, nak makan lagi.. & semlm [26/9/2008] kami 4 org makan sepuas2nyer kambing
::: panggang Mutiara JB Hotel dgn kuah BBQ lada hitam aduuuhaaii sodapnyer [huhuhu]..
::: yg buat mcm kat heaven tuh ialah juice dagingnyer yg peerrgghh sodap sangat..
::: bila makan, boleh tertutup mata.. berbuka di Mutiara Hotel ini boleh membuatkan
::: kita skip bersahur [hehe] sbb dah kenyang teramat sgt.. alhamdulillah..

::: Mutiara JB Hotel menawarkan Buffet Ramadan di Seri Mutiara Restaurant di paras
::: tanah, bayaran utk dewasa: RM55++ & kanak2: RM32++, istimewanyer bagi yg
::: mempunyai Jcard [Jusco] boleh mendapat 20% diskaun yg minimumnyer 2 org
::: makan di meja yg sama.. Utk tempahan pada bulan Ramadan ini atau pada hari2
::: biasa lain bolehlah lawati laman-webnyer dgn click di [link] ini..

~ Selamat Balik Kampung!


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net