By: ReActivate Zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 4-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
::: Pulau Besar, Melaka :::

::: perjalanan menaiki bot
::: pantai 1
::: pantai 2
View all 24 photos...
::: selepas melawat makam2 Hang Tuah & Hang Jebat.. esoknya kami ke Pulau Besar
::: alhamdulillah masuk ni.. dah 3x aku pi sana.. pernah camping masa belajar dulu.. beshh..
::: kali ni seronok sgt pi sana dgn sahabat baik aku, naik bot dan mengunjungi makam2 terkenal di situ..
::: antaranya ialah makam Sultanul Arifeen Shaikh Sayyid Ismail:

Nama sebenar Sultanul Arifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Arifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Arifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Arifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

Selain itu, Pulau Besar juga mempunyai beberapa tempat menarik utk dilawati: Perigi di Kaki Pulau, Batu Belayar @ Batu Penambat Kapal, Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Tasik Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Perigi Tempayan Pecah, Makam Tok Janggut, Makam Tujuh Beradik, Makam Seribu, Makam Nisan Satu, Perigi Nenek Musallimah, Tapak Kaki Sultan Arifeen, Makam Syarifah Rodziah dan Batu Lesung.


::: sumber: [ http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Besar ] <-- utk pemahaman lanjut..
~


::: colok utk wangi-wangian dlm pasu yg disediakan

::: oleh kerana byk kekeliruan antara member2 fp sini..
::: aku explain sket.. takut nanti disalahertikan pula:

::: Pulau Besar, Melaka antara tempat yg keramat @ dlm bhs Arab 'qaramah' yg dirahmati Allah
::: pasal khurafat tuh mmg betul pon.. tapi antara kita beragama Islam jek yg tau
::: kalo bukan org Islam, mrk tak tau.. kalo mrk dtg ke Pulau Besar pon, itu amalan mrk
::: byk gak org bukan Islam berhajat & berdoa kat sana..
::: pasal 'kekeramatan' tuh lain citernyeer.. sad but true.. ramai yg dtg, org bukan Islam
::: yg beragama Islam terlalu takut menziarahi.. sedangkan makam2 sini sumernyer org Islam
::: apatah lagi makam2 wali yg dtg mengembangkan agama Islam di Tanah Melayu
::: tanpa mereka.. sapalaaa kita sekarang..
::: colok tuh plak adalah salah satu cara utk mewangikan persekitaran
::: sama gak dgn colok2 yg dijual di kedai2 aromatherapy..
::: cuma byk dipopularkan oleh org bukan Islam [ambil yg baik & boleh digunapakai dlm Islam]
::: kalo di negara Arab, kemenyan digunakan utk mewangikan rumah.. malah byk dijual di sana
::: masa org meninggal dunia sebelum ditanam pon kita guna kemenyan utk hilangkan bau
::: tak salah kita guna, asalkan niat kita baik..
::: berbanding minyak wangi berjenama yg pastinyer beralkohol & mmg menipiskan ozon
::: jin mmg makan asap.. tapi byk gak asap rokok, asap keter & asap ungun api [huhuhu]
::: seeloknyer.. baca Bismillah & niat baik sebelum membakar sesuatu [@ apa2 shj aktiviti]

::: yg baik & buruk itu dtg drpd Allah.. kita manusia, yg memilih jalannyer..


Thursday, 2-Feb-2006 17:14 Email | Share | | Bookmark
::: Hang Tuah & Hang Jebat :::

::: Perigi Hang Tuah
::: Makam Hang Jebat 1
::: Makam Hang Tuah 1
View all 13 photos...
::: sebelum makan ikan bakar yg sedap tu [huhuhu] kami meneruskan niat awal kami ke Melaka
::: iaitu melawat peninggalan bersejarah pendekar Melaka: Hang Tuah & Hang Jebat
::: 1) Perigi Hang Tuah di Bukit Duyong [Duyong, kampung Hang Tuah]
::: 2) Makam Hang Jebat di Jln. Kg. Kuli, Jonker Street [agak tersorok di rumah kedai Cina]
::: 3) Makam Hang Tuah di Kg. Pengkalan Perigi, Tanjong Keling [dlm kwsn perkuburan Melayu]
::: nak gak melawat makam Hang Kasturi & Tun Teja tapi terpaksa balik hari dah nak maghrib
::: sempat gak shopping tripod [beli lagi] @Mahkota Parade & lunch @Burger King [huhuhu]
~


::: "Tak Melayu Hilang Di Dunia"


Wednesday, 1-Feb-2006 16:54 Email | Share | | Bookmark
::: Jom Makan Ikan Bakar :::

::: siakap bakar kosong 1
::: siakap bakar kosong 2
::: siakap bakar kosong 3
::: cuti Isnin-Selasa hari tu aku pi Melaka dgn sahabat aku [huhuhu]
::: sampai petang truss jejalan Banda Hilir cari makam2 pendekar Melaka dahulu kala
::: malam aku bawa sahabat aku makan ikan bakar depan rumah.. makk ooiii sodap tul!!!
::: aku order siakap masak bakar kosong & sahabat aku order siakap masak 3 rasa emm emm..
::: kat Melaka.. ikan bakar makan sekali dgn nasi lemak.. perrghh..
::: cuma ada 3 shots ajer sbb lapar sangat, tak sabar nak makan.. [ekekeke]
~



Sunday, 29-Jan-2006 21:41 Email | Share | | Bookmark
::: Last Entry of 1426H :::

::: masjid 1
::: masjid 2
::: masjid 3
View all 13 photos...
::: bersempena Awal Muharam ni aku uploadkan scenery masjid area rumah aku di JB
::: shot2 laut tu pun kat area rumah aku gak..perkampungan nelayan, ada seafood sedap!!!
::: housemate aku selalu memancing kat situ waktu malam.. wlpun nyamuk berjuta [huhuhu]
::: pagi aku bangun jer.. mesti terkejuuut sebab ada ikan pari dlm baldi toilet [ekekeke]
::: "Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1427H"
~



Sunday, 29-Jan-2006 00:55 Email | Share | | Bookmark
::: Aquaria KLCC :::

::: air tawar 1
::: air tawar 2
::: air tawar 3
View all 11 photos...
::: as promised before, a few shots from Aquaria KLCC [a day b4 raya haji]
::: nothing much to upload, pix kurang.. sebab takut kena marah dgn pakguard
::: shoot pun mcm takut2 ajer.. wlpun sebenarnya boleh shoot kat dlm [huhuhu]
::: tak ramai org bawa kamera.. tu sebab rasa was-was jer.. boleh ke tak ni..
::: paling best di bahagian air tawar, sebab kebanyakannya ikan2 di malaysia
::: aku tak lama kat situ sebab esok dah nak raya haji.. kena balik cepat..
~



[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net