By: ReActivate Zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Sep-2008 20:33 Email | Share | | Bookmark
::: Malam 7 Likur :::

::: Malam
::: 7
::: Likur
::: Alhamdulillah.. bertemu kita dgn 10 hari terakhir bulan Ramadan yg mulia..
::: pada malam2 inilah digalakkan kita mempertingkatkan ibadah & menghidup
::: kan malam2nya.. & antara malam2nya itu pula ada anugerah drpd Allah swt
::: berupa lailatul qadr iaitu malam yg lebih baik dari 1000 bulan..



~ pelita2 ini dirakam di rumah aku & aku edit sikit Selamat Menyambut Lailatul Qadr..


Saturday, 20-Sep-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
::: Satu Malam, Aku Berbuka :::

::: buka jam 7.04pm di Johor
::: kambing masak kurma
::: telur goreng masak lemak cili
View all 13 photos...

::: Tak tau apa nak upload, aku rasa entry 'berbuka' dlm bulan puasa kira bolehlah
::: jadi bahan terbaru entry aku di FP [hehehe] Mostly aku tapau ajer kat restoran
::: berdekatan dgn rumah aku.. senang sikit sbb mereka dah kenal aku, harga pon
::: dpt diskaun [huhu] lagipon aku dah tau tahap kebersihan restoran tersebut..
::: Antara lauk feberet aku: ikan siakap masak lemak nenas [hehe] sorrii laa aku
::: tak berapa tau nama masakan, tau makan ajer.. tapi mmg sodap.. yg lelain tuh
::: parents aku yg bagi semasa singgah ke Johor sajer-sajer: sambal tumis ikan
::: bilis & pulut hitam tuh mak aku yg buat.. kuih serabai tuh parents aku bawak dari
::: Melaka [huhu] mungkin org zaman skrg tak kenal kuih tuh, nama diapon dah pelik,
::: 'serabai' [hehehe] makan dgn kuah gula melaka..

::: Semua di atas adalah lauk-pauk yg aku makan berbuka utk satu malam [19/9/2008]
::: ada sikit jer utk sahur, aku sental abis.. biasalah org bujang, makan byk & mesti licin!

~ Selamat Berbuka


Wednesday, 17-Sep-2008 15:13 Email | Share | | Bookmark
::: Bazaar Ramadan '08 :::

::: Bazaar Ramadan 1
::: Bazaar Ramadan 2
::: Bazaar Ramadan 3
View all 7 photos...
::: Seperti biasalah, bila datangnyer bulan puasa, bazaar Ramadan mesti ada..
::: sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia hinggakan org luar ingatkan bulan
::: Ramadan hanyalah untuk menahan lapar & dahaga semata2 [huhu] hakikatnyer
::: berpuasa dlm Islam, lebih drpd itu..


::: Tapi kerana itu jugalah, bazaar Ramadan ini dah menjadi trademark utk bulan
::: Ramadan di Malaysia.. negara2 Islam lain takdelaa sehebat seperti negara kita
::: yg menyambut bulan al-Mubarak ini.. apa2pon berbelanja itu hendaklah berpada2..
::: aku gunakan h/p ketika mengambil gambar.. [huhu] pakai kamera biasa nanti
::: org lain ingatkan penguatkuasa plak [hehe].. lokasi gambar: sekitar area rumah,
::: somewhere di JB [huhuhu].. selamat berpuasa!


~ klik utk entry bazaar yg lain: Bazaar Ramadan 2006 & Bazaar Ramadan 2007


Monday, 8-Sep-2008 18:30 Email | Share | | Bookmark
::: Kelantan, Terengganu & Pahang :::

::: pintu gerbang Kelantan
::: pintu Istana Balai Besar
::: famous roundabout di Kelantan
View all 30 photos...
::: Inilah antara rangkuman tugasan sepanjang ketiadaan aku di FP sebelum ini..
::: memang selama seminggu itu, aku & kawan2 pi ke Pahang, Terengganu &
::: Kelantan.. dah lama dah aku simpan gambar2 ini, sehinggakan aku tak ingat
::: nama2 tempat yang kami singgah.. seperkara lagi, oleh kerana kami agak sibuk
::: 'bertugas' antaranya mencari jalan, maka banyak tempat2 menarik di 3 negeri
::: ini tidak dapat dikunjungi.. [huhu] harap maklum..



::: Sebutnya Kelantan, mesti ingat Rantau Panjang.. so memang kami ke sana bila
::: tugas kami selesai.. oklah tempat tuh, tapi aku rasa Padang Besar lagi ok kot..
::: [huhu] lebih pilihan barang di Perlis.. Malam sempat gak jalan2 di Pasar Che'Yeh
::: macam2 jual, murah plak tuh.. kalo tak, nak beli tikar kayu, tapi kereta tak muat..
::: Cuma Murtabak Raja di Kota Bharu ajer tak kami jumpa2 [huhu] walopon dah
::: dapat information drpd kawan2 yang berasal dari sana.. Malam tuh jugak kami
::: pi pasar malam ala2 Uptown di Danau Kota, Gombak yang terletak betul2 di
::: hadapan Pasar Siti Khadijah..



::: Di Terengganu, kami hanya melihat dari jauh ajer Masjid Kristal ketika melalui
::: jambatan yang panjang [huhu] Pasar Payang pon tak singgah.. yang kami singgah
::: ialah Pantai Batu Buruk, makan pisang goreng & keropok leko di pantai [hehehe]
::: lepas tuh makan kat Restoran A&W [hehe] Tapi paling best ialah di Paka, bestnyer..
::: aman tul duduk sana.. kami menginap di Paka Residence.. syok abis.. yang tak
::: bestnyer ialah aku tak dapat ambil gambar dengan betul suasana bandar Kerteh dengan
::: api minyaknyer.. dah macam berada kat planet lain ajer .. Berhampiran Paka Residence,
::: ada kedai makan macam kedai coffebean [huhu] logo pon hampir2 sama..



::: Semasa menuju ke Terengganu, sempat aku & kawan2 makan di Restoran di Endau
::: tak ingat nama, kedainyer betul2 tepi jalan.. canteklaaa restoran dia, cozy.. lepas tuh
::: sempat jugak berhenti di tepi highway untuk menikmati suasana pantai dengan angin
::: berderu2.. entah apa nama tempatnyer.. tapi pemandangannyer ombak dia best.. ada
::: gak orang berkelah kat situ.. Menginap di De Rhu Resort, Pantai Balok, Beserah..
::: & kalo mengikut brosur, resort tuh mempunyai kolam terbesar di pantai timur [huhu]..
::: memang kot, sebab aku yang mandi kat kolam tuh.. macam taman tema air mini leerr..
::: by the way, Pantai Balok antara yang tercantik pernah aku kunjungi.. beautiful..
::: paling best di Pahang nih, dapat makan di Restoran Mamak!!! sebab kat Kelantan &
::: Terengganu memang payah nak cari!!! [hehe] itu macam kaa susah ler nak mengeteh!!!


~ selamat bersahur, berpuasa, berbuka!


Monday, 1-Sep-2008 05:36 Email | Share | | Bookmark
::: Ramadan 1429 Hijrah :::

::: Masjid Sultan, Kampung Glam, Singapura
::: Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:
::: “Allah s.w.t berfirman, "Semua amal anak Adam itu utk dia sendiri,
::: kecuali puasa kerana puasa itu untuk-Ku dan Akulah yg membalasnya..
::: Puasa itu benteng (pelindung dari siksa neraka), oleh itu apabila kamu
::: sedang berpuasa, janganlah bersetubuh dan jangan pula bergaduh..
::: Apabila seseorang memakimu dan mengajak bertengkar dgn kamu,
::: katakanlah, 'Sesungguhnya, saya ini sedang berpuasa’.. Demi zat,
::: bahawa jiwa Muhammad s.a.w. itu berada di tangan (kekuasaan)-Nya..
::: Bau mulut orang yg berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat
::: nanti drpd bau harum kasturi.. Selain itu, orang yg berpuasa mendapat
::: 2x kegembiraan, iaitu apabila (saat) berbuka, dia gembira dgn buka
::: puasanya, dan apabila kelak bertemu dgn Tuhannya, dia bergembira
::: dgn puasanya” ~ [3:158-Sahih Muslim]


~ [p/s]: my other Ramadan entries: klik Ramadan 1427 Hijrah & Ramadan 1428 Hijrah

~
::: Selamat Menyambut Ramadan..
::: Selamat Berpuasa & Berterawih..


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net