By: ReActivate Zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Apr-2007 06:00 Email | Share | Bookmark
::: Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang :::

::: batu tanda pintu masuk Kota Tinggi
::: Sungai Johor, sungai utama Kota Tinggi
::: menara jam di bandar Kota Tinggi
::: peta makam2 sejarah Kota Tinggi
::: papan tanda Makam Sultan Mahmud Shah II
::: Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Sultan Johor ke-10
::: kompleks makam yg menempatkan makam2 Diraja
::: antara makam2 yg berada di dlm kompleks
::: daunan pintu Makam Sultan Mahmud Shah II
::: papan interpretasi: Makam Laksamana Bentan
::: nama beliau sebenarnya, Megat Seri Rama
::: kompleks Makam Laksamana Bentan & isterinya
::: Makam Dang Anum, isteri Laksamana Bentan
::: dibunuh oleh Sultan selepas memakan nangka di taman Diraja
::: papan interpretasi: Makam Tun Habib Abdul Majid
::: menjadi Bendahara Seri Maharaja, Johor [1688-1697]
::: berketurunan Tun Sri Lanang, penulis hikayat Sejarah Melayu
::: anaknya, Tun Abdul Jalil menjadi Sultan Johor ke-11
::: Aku & rakan2 telah pergi ke Kota Tinggi utk menjejaki sejarah bandar ini
::: terutama makam2 bersejarah: Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang,
::: Makam Laksamana Bentan & Makam Tun Habib Abdul Majid..

::: Sultan Mahmud Shah II [1685-1699] mangkat ketika dijulang dgn tandu yg dinaiki
::: ketika baginda dlm perjalanan ke masjid utk menunaikan solat Jumaat.. diceritakan
::: Laksamana Bentan telah meghalang perjalanan baginda dgn berkata "Raja adil raja
::: disembah! Raja zalim raja disanggah!" lalu menikam baginda.. walopon terkena
::: tikaman, baginda sempat mencampakkan kerisnya ke kaki Laksamana Bentan &
::: bersumpah "7 keturunan Laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi"
::: kemudian baginda mangkat & Laksamana Bentan pula tiba-tiba memuntahkan darah
::: lalu meninggal dunia..

::: Dendam kesumat Laksamana Bentan berpunca drpd kematian isterinya, Dang Anum
::: oleh baginda Sultan yg mengetahui hal isterinya memakan buah nangka taman Diraja
::: lalu membunuh Dang Anum dgn membelah perutnya yg sarat mengandung.. persoalan
::: mengapa Sultan Mahmud terlalu kejam, bolehlah rujuk di Tufat al-Nafis.. karya
::: pengarang Raja Ali Haji [pemerintah Bugis, Johor-Riau dahulu kala]

::: Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi Sultan ketika berusia 10 tahun & mangkat
::: ketika berusia 24 tahun.. Jangan konpius yee, Sultan Mahmud Shah II bukanlah Sultan
::: Mahmud yg cuba meminang Puteri Gunung Ledang tuh.. Itu adalah moyang baginda..
::: iaitu Sultan Mahmud Shah I [1488-1528] Sultan Melaka terakhir & Sultan Johor Pertama..

::: Tun Habib Abdul Majid adalah Bendahara Seri Maharaja, Johor [1688-1697] merupakan
::: cucu kpd Tun Sri Lanang & bapa kpd Sultan Zainal Abidin I [Sultan Terengganu Pertama]
::: & Tun Abdul Jalil [Bendahara Johor selepas Tun Habib] yg kemudian menabalkan dirinya
::: sbg Sultan Abdul Jalil IV [Sultan Johor 1699-1719] setelah Sultan Mahmud Shah II
::: mangkat tanpa waris.. & sehingga kini keturunan Sultan Melaka telah diwarisi oleh
::: Sultan Perak yg diperintah oleh Sultan Mudzaffar Shah I, Sultan Perak Pertama,
::: anak kpd Sultan Mahmud Shah I..

::: Utk maklumat lanjut, bolehlah klik di perkataan2 bergaris.. & berikut adalah
::: laman web yg boleh dirujuk: Salasilah Kesultanan Johor & peta Kota Tinggi..

~ Wallahualam Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui




::: [08/04/2007] Hari Keputeraan Sultan Johor ke-24


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net