By: ReActivate Zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-May-2007 10:01 Email | Share | Bookmark
::: Kota Johor Lama, Telok Sengat :::

::: Kota
::: Johor
::: Lama
::: papan interpretasi Kota Johor Lama
::: tapak kota ini telah dilitupi tanah & rumput
::: batu bata kota yg masih boleh dilihat
::: Kota Johor Lama diuruskan oleh pihak Warisan Johor
::: tangga batu menuruni bukit utk ke tebing Sungai Johor
::: pelancong Jepun yg berpakaian kurung Melayu
::: Pusat Interpretasi Kota Johor Lama
::: diuruskan oleh pihak muzium
::: masih belum dibuka lagi kpd org ramai
::: wakaf / gazebo utk pengunjung bersantai seketika
::: terdapat sebuah makam berkain kuning di kawasan kota ini
::: pemilik makam ini belum dapat dipastikan
::: Kota Johor Lama
::: papan interpretasi Makam Temenggung Johor / Bidan
::: terletak berhampiran & di luar tapak kota
::: tarikh batu nesan menunjukkan kaitan dgn Kota Johor Lama
::: masih belum juga dpt dipastikan pemiliknya
::: jalan ke kota ini dikelilingi dgn kebun getah
::: Peta Kota Johor Lama, Telok Sengat, Kota Tinggi, Johor
::: pekan Telok Sengat, daerah Kota Tinggi
::: terletak bersebelahan muara Sungai Johor
 
::: jeti perhentian bot2 kecil: nelayan & pemancing
::: rumah kelong, pemandangan biasa di Johor & Melaka
::: jauh kelihatan, jambatan yg sdg dibina [Kong Kong-Desaru]
::: di penghujung jeti
 
::: Telok Sengat
::: bot pelancong
 
::: bot-bot yg berlabuh di jeti Telok Sengat
::: Satu lagi tapak bersejarah Kesultanan Johor terletak 27km dari Kota Tinggi
::: di Telok Sengat iaitu Kota Johor Lama.. sebelum wujudnya Johor Bahru, pusat
::: bandar baru, Johor Lama adalah pusat kekuasaan pentadbiran Kerajaan Johor..
::: Johor Lama mula-mula dibuka di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
::: Shah II [Sultan Johor ke-2, 1528-1564] pada tahun 1540.. lokasinya yg sangat
::: strategik berhampiran dgn Sungai Johor, satu pembinaan yg bijak dgn sistem
::: pertahanan semulajadi, hutan bakau & batu bata yg dijadikan dinding kota utk
::: meninjau keluar masuk kapal dagang & pihak musuh.. Johor Lama telah diserang
::: oleh tentera Kesultanan Acheh.. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan
::: dibawa ke Acheh dan dibunuh di sana disebut "Marhum Syahid di Acheh"

::: Kemudian dibuka semula oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II [Sultan Johor
::: ke-5, 1571-1597] pada tahun 1573.. & baginda bersahabat baik dgn Kerajaan
::: Acheh utk bergabung melawan Portugis.. pada tahun 1576 dan 1578 Portugis
::: menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan.. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul
::: Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka..
::: pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha
::: ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta benda.. pada tahun
::: 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut
::: "Marhum Batu Sawar"

::: Jika kita melawat Kota Johor Lama ini, kita masih boleh melihat tinggalan tapak
::: bersejarah walaupon tidaklah semegah seperti zaman dahulu kala.. dikelilingi dgn
::: dinding batu bata yg kini ditimbusi dgn tanah & rumput antara 10-25 kaki tinggi..
::: 2 makam yg boleh didapati di tapak ini [batu nesan berkain kuning] & di luar tapak
::: Kota Johor Lama yg dipercayai ada kaitan kuat dgn sejarah Johor Lama berdasarkan
::: tarikh pada batu nesan pada kurun ke-16 iaitu Temenggung Johor / Makam Bidan

::: Utk maklumat lanjut, bolehlah klik di perkataan2 bergaris.. berikut adalah laman2
::: web yg boleh dirujuk: Sejarah Kesultanan Johor & peta Kota Johor Lama..

~ Wallahualam Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui



::: seberang sana adalah area rumah aku.. sebuah jambatan sedang dibina bagi menghubungkan JB - Desaru
::: yg sebelum ini sejauh 95km & akan menjadi lebih kurang 10km shj [dari area rumah aku leer] beshh..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net